Thursday, August 19, 2010

KEMBALILAH KE JALAN ALLAH

Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Menyayangi

Sesungguhnya hidup di dunia bagaikan sebutir pasir di pantai. Dikumpul semua pasir di dalam dunia belum lagi dapat dibandingkan dengan kehidupan dan kebahagiaan yang dijanjikan oleh Tuhan Maha Pencipta di alam yang kekal abadi(SYURGA).
Namun itulah yang dikejar oleh manusia yang alpa dengan kenikmatan sementara yang disediakan oleh dunia yang penuh dengan noda akibat daripada kerakusan manusia. terlalu banyak kekejaman, kehancuran, kerosakan, penipuan yang berlaku dimuka bumi ekoran manusia lupa asal usul kejadian mereka.
Pemimpin yang terpesong dari ajaran agama disanjung, pemimpin yang cuba menegakkan syiar Islam dicerca dan ditindas. Usaha mengajak manusia kejalan yang benar disekat. Konsert-konsert liar, pembinaan disko dan tempat-tempat perjudian dibenarkan berleluasa. Inilah senario yang berlaku di dunia yang sudah pastinya bakal mengundang kemurkaan Tuhan Yang Maha Esa.
Apabila kemurkaan Allah hadir, maka ia tidak mengenal kaum, agama mahupun darjat pangkat kedudukan. Semuanya akan menerima natijahnya. Kita detemukan dengan pelbagai fenomena alam yang tidak terjangkau oleh pemikiran manusia. Namun masih tidak mampu membuka mata hati yang sudah terlalu lama dikabuli oleh kesenangan dan kemewahan duniawi.
Blog yang saya bina ini bakal berkongsi pendapat, fenomena alam bagi memperjelaskan kekuasaan Allah S.W.T, mempertingkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Tuhan Yang Satu. Moga hasil bacaan anda melalui blog ini akan beroleh rahmat Allah, mendekatkan diri dengan-Nya.

No comments:

Post a Comment