Di zaman rasulullah ada sebuah kisah dimana seorang kafir yang telah membunuh 99 orang terdetik untuk bertaubat lalu beliau pergi berjumpa dengan seorang ahli ulamak. Maka ulamak tersebut berkata dosa mu terlalu besar dan tidak akan dapat diampunkan oleh Allah. Lalu dibunuhnya ulamak tersebut menggenapkan bilangan 100 orang.
Pergi lagi dia berjumpa dengan seorang lagi ulamak. Maka ulamak berkata tiada dosa yang tidak diampunkan oleh Allah. Asalkan kamu betul-betul menyesal dan ingin bertaubat. Meninggalkan terus segala larangan yang ditetapkan oleh Allah. Pergilah kamu berjalan ke sana. Disana terdapat ramai orang-orang baik.
Lalu pemuda tersebut terus mengorak langkah berjalan ke arah yang disuruh oleh ulamak tersebut. Lalu dalam perjalanan pemuda tersebut menemui ajal. Berlaku perbalahan antara 2 malaikat nak diletak ke mana pemuda ini. Ke syurga ka, ke neraka ka? Lalu ditimbang amalan baik dan jahat. Disebabkan niatnya untuk bertaubat yang teramat sangat pemberat tadi berpihak kepada kebaikan. Maka masuklah pemuda tersebut ke syurga Allah.
Perbaiki ibadah kita. Beri makna kepada ibadah tersebut. Contohnya solat, fahami segala pergerakan dan ayat yang dibaca didalam solat. Nescaya akan hadir kekusyukan dalam beribadah. Bila timbul kekusyukan dalam beribadah maka akan lahirlah jiwa Islam dalam diri dan lahirlah potensi dari dalam diri kita. Kurun ke-7 banyak tokoh-tokoh Islam yang lahir ekoran daripada ibadah mereka kepada Allah SWT. Tokoh perubatan, astronomi, tokoh matematik dan sebagainya.
Kita disogokkan dengan kehebatan semangat Bushido Jepun dari Zaman Samurai. Disiplin diri yang utuh mengakibatkan peradaban mereka berubah menjadi gemilang dalam tempuh yang amat singkat. Disiplin samurai yang begitu taat dengan prinsip Bushido membuatkan dunia Jepun berada di mercu kejayaan dalam pelbagai bidang perniagaan. Namun kita lupa bahawa rasulullah telah meninggalkan kita dengan satu disiplin yang cukup hebat yang membawa ribuan makna jika dikaji secara mendalam. Solat 5 waktu membawa disiplin yang cukup hebat. Ketertiban, Kepatuhan, Penumpuan, Kepimpinan(Solat jemaah), Keikhlasan, Jelas dalam bacaan dan sebagainya. 5 waktu dan 17 rakaat sehari didarab dengan umur hidup kita di dunia, sekiranya ibadah solat kita penuh dengan makna sudah pasti ia akan memberi impak yang amat besar dalam kehidupan kita. Sudah pasti kita mampu memberikan sesuatu yang baru dalam dunia ini. Bukan sekadar menjadi pak turut. Sudah paasti tiada berlaku rasuah, sudah pasti tiada berlaku pergolakan dalam jawatankuasa masjid merebut tahkta menjadi jawatankuasa, sudah pasti tidak berlaku perzinaan, pembuangan bayi, penderaan dan sebagainya. Semua ini disebabkan tiang agama kita yang tidak kukuh. Nama kita Islam dari zahirnya, betudung litup berperwatakan baik di hadapan orang tetapi hakikatnya, hanya tuhan sahaja yang tahu.
Marilah kita bersama-sama bermuhasabah diri, pertingkatkan kefahaman kita dalam beribadah, temui makna dalam ibadah kita, mendekatkan diri dengan-Nya. Jangan ada yang merasa, "Masih awal lagi untuk bertaubat, Muda lagi, Taubat ni untuk orang tua saja" Orang tua mana yang rasakan dirinya tua. Semua tidka mengaku hinggalah akhirnya liang lahat memanggilnya dan tak sempat jugak dia nak bertaubat. Panggilan malaikatulmaut tidak mengenal tua atau muda, miskin atau kaya, kecil atau besar. Tiba masanya ia tidak akan melewatkan atau mempercepatkan walau sesaat pun. Wallahualam...
No comments:
Post a Comment