Thursday, August 26, 2010

Demi Matahari


Demi Matahari dan sinarnya dipagi hari, Demi bulan yang mengiringi, Demi siang bila menampakkan cahaya, Demi malam bila menutupi, Demi langit dan seluruh binaannya, Demi bumi dan segala yang ada dihamparannya, Demi jiwa dan seluruh penyempurnaannya. Allah mengilhamkan kebaikan dan keburukan. Beruntunglah bagi yang menyucikan, rugilah bagi yang mengotori. (Surah As Syam)

Inilah 7 sumpah Allah yang membuatkan matahari, bulan, siang dan malam, langit dan seluruh binaannya, bumi dan seluruh yang ada dihamparannya akur mengikut perintah Tuhan semesta alam. Matahari sentiasa terbakar dan belum pernah berhenti terbakar. Bulan yang mengelilingi bumi dan berputar dipaksinya tidak pernah tersasar dari orbitnya. Siang dan malam silih berganti mengikut jam dan waktu yang ditetapkan. Langit yang tidak bertiang dan segala binaannya seperti planet-palnet lain di dalam bimasakti (Utarid, Zuharah, Marikh, Musytari, Zuhal, Uranus, Neptun dan Pluto) semuanya berputar di paksinya dan bergerak mengelilingi matahari melalui orbitnya, bumi dan segala yang ada dihamparannya(gunung-ganang, laut dan sungai, tumbuhan, binatang dnasebgainya) semuanya hidup dan melaksanakan tugas yang diperintahkan Allah SWT.

Firman Allah : - Allah jualah yang menjadikan langit terangkat tinggi dengan tiada bertiang sebagaimana yang kamu melihatnya, kemudian Ia bersemayam di atas Arasy; dan Ia memudahkan matahari dan bulan (untuk faedah makhluk-makhluk-Nya) tiap-tiap satu dari keduanya beredar untuk suatu masa yang telah ditetapkan. Allah jualah yang mentadbirkan segala urusan; Ia menerangkan tanda-tanda kekuasaan-Nya satu-persatu, supaya kamu yakin kepada pertemuan Tuhan kamu (untuk menerima balasan). (Surah Ar-Ra'd:2)

Matahari adalah merupakan objek yang terbesar dalam sistem bimasakti namun ada yang lebih besar dari matahari jika dilihat dari galaksi-galaksi lain kerana setiap bintang besarnya adalah sebesar matahari. Maka bila kita lihat ke awan di waktu malam, berjuta-juta bintang dapat dilihat. Sebenarnya 6 sixlion banyaknya bintang diangkasa. Tak terkira oleh akal fikiran manusia. Gambar menunjukkan betapa kerdilnya bumi berbanding dengan Matahari.

Letupan berapi di matahari melontarkan api 40 ke 50 kali ganda lebih besar daripada saiz bumi. Jarak matahari dengan bumi terletak berjuta-juta kilometer dan hanya satu bahagian daripada dua ribu kepanasan yang dipancarkan matahari mengenai Bumi. Suhu di permukaan matahari adalah 6,000darjah celcius. Manakala di dalam matahari mencapai 12,000,000 darjah celcius. Bayangkan suhu neraka yang dikatakan 70 kali ganda panasnya daripada suhu alam maya ini.

Bumi yang berputar mengelilingi matahari dengan kelajuan 107,200km/j. Jika ingin dibuat perbandingan, kelajuan bumi mengelilingi matahari 540 kali lebih laju dari kenderaan. Putaran dipaksinya berkelajuan 29.79km/j. Lazimnya dalam kelajuan ini sudah pasti seluruh isi bumi akan bergoncang sebagaimana yang berlaku ketika gempa bumi namun Kun Fayakun.
Firman Allah :- Dan Kami telah menjadikan di bumi gunung-ganang yang menetapnya, supaya bumi itu tidak menggegar mereka; dan Kami jadikan padanya celah-celah sebagai jalan-jalan lalu-lalang, supaya mereka dapat sampai kepada mencapai keperluan rohani dan jasmani. Dan Kami telah menjadikan langit sebagai bumbung yang terpelihara dan terkawal, sedang mereka (yang kafir itu) berpaling tidak memerhatikan tanda-tanda (kekuasaan Kami) yang ada padanya. (Surah Al-Anbiyaa':31-32)
Kajian menunjukkan bahawa dalam perjalanan mengelilingi matahari, bumi akan lari sebanyak 2.83mm dari paksinya dan kembali ke tempat asal. Dikatakan bahawa sekiranya bumi bergesel lebih atau kurang sikit 0.3mm dunia akan menghadapi masalah besar. Jika bumi bergerak menjauhi matahari 3.03mm dunia akan membeku. Mendekati matahari 2.53mm, segala yang ada di muka bumi akan terbakar, otka manusia akan mencair, lautan akan mendidih. Maka siapakah yang mengurus dan mentadbir perkara ini? Adakah ianya terjadi dengan sendirinya. Ucapkan Subhanallah.

Sistem Suria terletak sedikit jauh daripada pusat galaksi. Matahari dan segala planet di bimasakti mengelilingi pusat galaksi dan menyempurnakan satu putaran dalam setiap 220 juta tahun atau lebih. Menunjukkan betapa besarnya alam maya ini yang tidak terjangkau oleh pemikiran manusia. Jika hendak dikira galaksi ciptaan Allah ambil sebut pasir di dunia. Itulah bimasakti. Kumpulkan seluruh pasir laut, pasir didaratan, pasir bukit-bukau, pasir gunung-ganang dikumpul semuanya itulah yang melambangkan banyaknya galaksi ciptaan Allah SWT. Subhanallah...

Dunia sains giat bercerita berkenaan dengan theory Big Bang. Menyatakan bahawa 13.7 bilion tahun yang lalu semua yang ada dialam semesta ini adalah satu. Maka berlaku letupan yang maha dahsyat dan terpisahlah kesemuanya. Namun di dalam kitab suci Al-Quran telah menyatakan kebenaran ini dengan sejelas-jelasnya menunjukkan kekuasaan Allah SWT.
“Dan apakah orang-orang yang kafir tidak mengetahui bahawasanya langit dan bumi itu keduanya dahulu adalah suatu yang padu, kemudian Kami pisahkan antara keduanya. Dan dari air Kami jadikan segala sesuatu yang hidup. Maka mengapakah mereka tiada juga beriman?” Surah Al Anbiyaa’ : Ayat 30

Fakta-fakta di atas membuktikan kekuasaan Allah SWT. Kembalilah ke jalan yang benar. Bersama kita memohon keampunan kepada-Nya atas segala kekhilafan yang telah kita lakukan di atas muka bumi Allah. Kita sombong dengan harta, duit ringgit dan pangkat yang kita ada dan kita lupa siapa yang memberikan semua itu kepada kita. Terlalu banyak kenikmatan yang Allah anugerahkan kepada kita sedari kita di dalam kandungan ibu kita hinggalah kita lahir dan membesar ke hari ini. Kita lupa siapa yang memberikan udara kepada kita untuk bernafas, kita lupa nikmat akal yang Allah berikan dan tidak pada hidupan lain, kita lupa nikmat deria mata, telinga, lidah, hidung, tangan yang diberikan oleh Allah. Maka kembalilah mendekati Allah, mengenali Allah... Ketenangan yang kita cari selama ini hanya akan hadir dengan mendampingi diri dengan-Nya. Itulah ketenangan sejati dan hakiki. Wallahualam..

No comments:

Post a Comment