Monday, August 23, 2010

Supervolcano - Toba & Yellowstone

 Danau Toba
Renungkan ayat Al-Quran ini. "Sesungguhnya mereka memandang siksaan itu jauh(mustahil). Sedangkan Kami memandangnya dekat(pasti terjadi). Pada hari ketika langit menjadi seperti luluhan perak dan gunung-ganang menjadi seperti bulu(yang berterbangan) (QS.70:6-9)
Gunung berapi St Helen di Amerika dan Pinatubo di Filipina jika ia memuntahkan larvanya, ribuan manusia yang tinggal berdekatan lereng gunung akan terbunuh. Namun ianya hanyalah bunga api kecil sahaja jika dibandingkan dengan supervolcano.
Supervolcano adalah punca kemusnahan bumi yang paling merbahaya selain hentaman asteroid. Ianya meletus dengan kekuatan beribu-ribu kali ganda dari kekuatan gunung berapi biasa. Ia mampu memusnahkan benua dan mengakibatkan kepupusan spesis hidupan dunia.

Letupan terakhir gunung berapi Toba adalah sekitar 75,000 tahun yang lalu dan ianya 10,000 kali ganda lebih kuat dari letupan Mt St Helen yang menghamburkan beribu-ribu km isipadu abu ke udara sehingga seluruh dunia bergelap berbulan-bulan. Letupan tersebut telah memupuskan sebahagian besar populasi manusia dan dianggarkan yang tinggal hanya dua ribu sahaja. Kajian genetik menunjukkan semua manusia sekarang adalah keturunan dari kelompok manusia yang selamat dari letusan itu.Kini saintis bimbang Toba akan meletup lagi. Kejadian gegaran demi gegaran di Sumatera sekarang mungkin pencetus atau petanda Toba kembali aktif.

Jika Toba memetup, Malaysia pasti akan hancur. Semua kehidupan sekitar 1,000km akan mati serta-merta. Suhu dunia akan jatuh mendadak kerana sinar matahari akan dihalang oleh abu di angkasa selama berbulan-bulan. Banyak spesis binatang dan tumbuhan akan pupus. Abu tebal akan melitupi mukabumi sehingga India dan China. Tsunami raksasa akan menghentam pantai timur Afrika, India, Asia Tenggara dan Australia.

Yellowstone National Park, Amerika Syarikat
Satu lagi supervolcano yang perlu diawasi adalah Yellowstone di Amerika Syarikat. Tanda-tanda ia kembali aktif sudah dipamerkan. Permukaan bumi kawasan ini sudah mula menggelembung. Ada kawasan sekitar Yellowstone National Park sudah ditutup sejak 2003 kepada orang awam kerana suhu permukaan yang terlalu tinggi. Pokok-pokok sudah mati dan haiwan liar kelihatan sudah berpindah dari kawasan tersebut. Di dasar Tasik Yellowstone, gelembung tanah setinggi 70m telah muncul. Ikan-ikan tasik mati dan timbul memenuhi permukaan. Kajian menunjukkan Yellowstone meletup setiap 600,000 tahun sekali. Letupan terakhir adalah 640,000 tahun yang lalu. Kita sudah diberi 40,000 tahun perlepasan cukai oleh Allah SWT. Mungkinkah Yellowstone akan meletup tidak lama lagi? Mengapa pihak berkuasa Amerika dan media menutup mulut mengenai kemungkinan bencana ini?

No comments:

Post a Comment