Tuesday, August 13, 2013

Gunung Sebagai Pasak Bumi

“Bukankah Kami telah menjadikan bumi itu sebagai hamparan? Dan gunung-gunung sebagai pasak?” (QS.An-Naba’ 78: 6-7)
Sepanjang peradaban manusia, gunung sering menjadi tarikan yang cukup mengagumkan. Masyarakat Jepun menganggap bahawa Gunung Fuji sebagai tempat yang cukup suci. Dewa-dewa dalam masyarakat Yunani pula dikatakan tinggal di Gunung Olympus.
Pergunungan Himalaya merupakan tempat bagi dewa orang India dan Tibet sepertimana Gunung Agung dalam masyarakat Bali. Bagi masyarakat Yogyakarta, Gunung Merapi dianggap begitu mistik. Hampir kesemua agama mengaitkan gunung dengan fungsi mistik supernatural. Hanya Islam sahaja menempatkan fungsi gunung ini secara ilmiah.
Di dalam Al-Quran, kita akan bertemu dengan perkataan gunung sebanyak 49 kali. Terdapat 22 ayat yang menyebutkan fungsi gunung sebagai pasak atau tiang pancang bagi bumi. Pasak atau paku besar merupakan benda yang menusuk ke dalam bagi mengetatkan sesuatu.
Ini bermaksud kepala pasak yang dilihat di luar jauh lebih pendek berbanding dengan batangnya yang terjunam ke dalam. Ketika agama-agama primitive selama ribuan tahun lampau hanya takjub kepada ketinggian gunung, Al-Quran membawa sesuatu yang lebih menakjubkan. Kedalaman akar gunung itu sebenarnya boleh menjunam mencapai 15 kali ganda berbanding ketinggiannya.
Sejak 20 tahun yang lalu, para ahli geofizik berhasil membuktikan bahawa kerak bumi sentiasa berubah arah. Ini dinamakan sebagai teori pergerakan plat tektonik. Kajian selanjutnya mendapati bahawa gunung mempunyai akar yang berperanan menghentikan pergerakan horizontal litosphera.
“Dan Dia menancapkan di bumi supaya tidak goncang bersama kamu… (QS. An-Nahl 16:15)
Rasulullah SAW bersabda “Tatkala Allah menciptakan bumi, bumi bergoyang dan menyentak, lalu Allah menenangkannya dengan gunung.”
Bagaimana Nabi SAW yang buta huruf dan hidupnya di abad ke-6 di tengah masyarakat padang pasir, dapat mengetahui tentang gerakan horizontal litosphera bumi yang berfungsi menstabilkan goncangan? Tidak lain hanyalah melalui wahyu Allah… Subhanallah…
Sejak tahun 1920-an, para ilmuan Perancis seperti Francis Bacon dan RPF Placet mengamati kemungkinan bahawa benua Amerika, Eropah dan Afrika suatu ketika dahulu mungkin pernah bersatu. Pada tahun 1858, Antonio Snider telah mengemukakan konsep tentang Continental Drift berkenaan perkembang benua-benua. Kemudian muncul pendapat ahli geologi Austria, Eduard Sues bahawa semua benua dahulunya memang menjadi satu yang dinamakan Godwanaland.
Ilmuan Jerman, Alfred Wegener pula menamakan teori ini sebagai Pangea. Namun begitu, tiada bukti-bukti yang meyakinkan bagi menyokong teori-teori ini sehinggalah pada tahun 1960-an. Kini bukti menunjukkan bahawa benua-benua ini sememangnya bergerak pada kelajuan 1 cm per tahun bagi kawasan khatulistiwa dan 9 cm per tahun bagi kawasan di jalur-jalur pergunungan. Penemuan ini berlaku 1400 tahun setelah Al-Quran menceritakan perihal konsep gunung ini kepada manusia. Allahu Akbar !!!
Teori plat tektonik menyebut bahawa kerak bumi mempunyai ketebalan 5 hingga 100 km berada di atas magma yang mencapai ketebalan 3000 km. Magma terdiri dari batuan cair yang tidak stabil. Plat ini bergerak secara horizontal dan saling bertembung dari waktu ke waktu. Ada yang terlipat ke atas dan ada yang ke bawah yang mana membentuk gunung-ganang.
Sebagai contoh, pertembungan plat India dan plat Eurasia menghasilkan formasi rantai pergunungan Himalaya dengan puncak tertingginya Gunung Everest setinggi 8,848 km. Ini terbentuk sejak 45 juta tahun yang lalu. Fasa terakhir pembentukan gunung terhasil dengan akar yang jauh menjunam ke dalam bumi. Hal ini akhirnya melambatkan pergerakan plat litosphera. Inilah fungsi gunung yang mana menurut Al-Quran sebagai pasak-pasak bumi.
Tanpa gunung, pergerakan litosphera akan berlaku dengan lebih cepat dan pertembungan antara plat menjadi lebih hebat yang mana akan membahayakan kehidupan di bumi. Wallahualam

Air Laut Dan Air Sungai Tidak Bercampur

Dalam Quran pernah menyatakan air laut dan air sungai tidak bercampur dan jom kita tengok kebesaran ciptaan Allah S.W. T.
 SUBHANALLAH! Dua Sempadan Air Tidak Bercampur
“Dan Dialah Tuhan yang telah mengalirkan dua laut berdampingan, yang satu tawar lagi memuskan dahaga, dan yang satu lagi masin lagi pahit, serta ia menjadikan antara kedua-dua laut itu sempadan dan sekatan yang menyekat percampuran kedua-duanya” Surah Al-Furqan ayat 51.
 SUBHANALLAH! Dua Sempadan Air Tidak Bercampur
Kebenaran al-Quran tidak akan sama sekali bercanggah dengan sains. Begitulah juga tentang keajaiban yang berlaku sebagai yang disebutkan oleh Allah di dalam ayat di atas. Allah menjadikan air laut yang masin tidak bercampur di antara satu sama.
Merging Ocean SUBHANALLAH! Dua Sempadan Air Tidak Bercampur
Gambar-gambar ini menjadi bukti kepada kajian yang dilakukan dan lebih penting lagi ia membuktikan kepada kita kebenaran firman Allah swt dalam Surah Ar-Rahman : 19-20
Merging Ocean 2 SUBHANALLAH! Dua Sempadan Air Tidak Bercampur
Dengan ini menjadi bukti kepada kita bahawa Al-Qur`an ini adalah kalam Allah swt dan tidak ada sebarang keraguan dalamnya seperti mana firman Allah swt dalam surah al-Baqarah : 1-2 yang bermaksud :
1. Alif, Laam, Miim. 2. Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang Yang (hendak) bertaqwa.
Sekadar renungan, samudera yang sangat luas itu tetap dan tidak melampaui batasnya dan tidak mendesak perairan tawar yang lebih kecil. Jika hendak dibandingkan manusia, samudera jauh lebih besar dan lebih kuat namun ia tetap rendah hati dantidak melanggar batas yang ditetapkan baginya oleh Penciptanya.


Read more: http://www.ceritaapakah.com/2012/07/air-laut-dan-air-sungai-tidak-bercampur.html#ixzz2bugitnV6