Thursday, August 26, 2010
Demi Matahari
Demi Matahari dan sinarnya dipagi hari, Demi bulan yang mengiringi, Demi siang bila menampakkan cahaya, Demi malam bila menutupi, Demi langit dan seluruh binaannya, Demi bumi dan segala yang ada dihamparannya, Demi jiwa dan seluruh penyempurnaannya. Allah mengilhamkan kebaikan dan keburukan. Beruntunglah bagi yang menyucikan, rugilah bagi yang mengotori. (Surah As Syam)
Inilah 7 sumpah Allah yang membuatkan matahari, bulan, siang dan malam, langit dan seluruh binaannya, bumi dan seluruh yang ada dihamparannya akur mengikut perintah Tuhan semesta alam. Matahari sentiasa terbakar dan belum pernah berhenti terbakar. Bulan yang mengelilingi bumi dan berputar dipaksinya tidak pernah tersasar dari orbitnya. Siang dan malam silih berganti mengikut jam dan waktu yang ditetapkan. Langit yang tidak bertiang dan segala binaannya seperti planet-palnet lain di dalam bimasakti (Utarid, Zuharah, Marikh, Musytari, Zuhal, Uranus, Neptun dan Pluto) semuanya berputar di paksinya dan bergerak mengelilingi matahari melalui orbitnya, bumi dan segala yang ada dihamparannya(gunung-ganang, laut dan sungai, tumbuhan, binatang dnasebgainya) semuanya hidup dan melaksanakan tugas yang diperintahkan Allah SWT.
Firman Allah : - Allah jualah yang menjadikan langit terangkat tinggi dengan tiada bertiang sebagaimana yang kamu melihatnya, kemudian Ia bersemayam di atas Arasy; dan Ia memudahkan matahari dan bulan (untuk faedah makhluk-makhluk-Nya) tiap-tiap satu dari keduanya beredar untuk suatu masa yang telah ditetapkan. Allah jualah yang mentadbirkan segala urusan; Ia menerangkan tanda-tanda kekuasaan-Nya satu-persatu, supaya kamu yakin kepada pertemuan Tuhan kamu (untuk menerima balasan). (Surah Ar-Ra'd:2)
Matahari adalah merupakan objek yang terbesar dalam sistem bimasakti namun ada yang lebih besar dari matahari jika dilihat dari galaksi-galaksi lain kerana setiap bintang besarnya adalah sebesar matahari. Maka bila kita lihat ke awan di waktu malam, berjuta-juta bintang dapat dilihat. Sebenarnya 6 sixlion banyaknya bintang diangkasa. Tak terkira oleh akal fikiran manusia. Gambar menunjukkan betapa kerdilnya bumi berbanding dengan Matahari.
Letupan berapi di matahari melontarkan api 40 ke 50 kali ganda lebih besar daripada saiz bumi. Jarak matahari dengan bumi terletak berjuta-juta kilometer dan hanya satu bahagian daripada dua ribu kepanasan yang dipancarkan matahari mengenai Bumi. Suhu di permukaan matahari adalah 6,000darjah celcius. Manakala di dalam matahari mencapai 12,000,000 darjah celcius. Bayangkan suhu neraka yang dikatakan 70 kali ganda panasnya daripada suhu alam maya ini.
Bumi yang berputar mengelilingi matahari dengan kelajuan 107,200km/j. Jika ingin dibuat perbandingan, kelajuan bumi mengelilingi matahari 540 kali lebih laju dari kenderaan. Putaran dipaksinya berkelajuan 29.79km/j. Lazimnya dalam kelajuan ini sudah pasti seluruh isi bumi akan bergoncang sebagaimana yang berlaku ketika gempa bumi namun Kun Fayakun.
Firman Allah :- Dan Kami telah menjadikan di bumi gunung-ganang yang menetapnya, supaya bumi itu tidak menggegar mereka; dan Kami jadikan padanya celah-celah sebagai jalan-jalan lalu-lalang, supaya mereka dapat sampai kepada mencapai keperluan rohani dan jasmani. Dan Kami telah menjadikan langit sebagai bumbung yang terpelihara dan terkawal, sedang mereka (yang kafir itu) berpaling tidak memerhatikan tanda-tanda (kekuasaan Kami) yang ada padanya. (Surah Al-Anbiyaa':31-32)
Kajian menunjukkan bahawa dalam perjalanan mengelilingi matahari, bumi akan lari sebanyak 2.83mm dari paksinya dan kembali ke tempat asal. Dikatakan bahawa sekiranya bumi bergesel lebih atau kurang sikit 0.3mm dunia akan menghadapi masalah besar. Jika bumi bergerak menjauhi matahari 3.03mm dunia akan membeku. Mendekati matahari 2.53mm, segala yang ada di muka bumi akan terbakar, otka manusia akan mencair, lautan akan mendidih. Maka siapakah yang mengurus dan mentadbir perkara ini? Adakah ianya terjadi dengan sendirinya. Ucapkan Subhanallah.
Sistem Suria terletak sedikit jauh daripada pusat galaksi. Matahari dan segala planet di bimasakti mengelilingi pusat galaksi dan menyempurnakan satu putaran dalam setiap 220 juta tahun atau lebih. Menunjukkan betapa besarnya alam maya ini yang tidak terjangkau oleh pemikiran manusia. Jika hendak dikira galaksi ciptaan Allah ambil sebut pasir di dunia. Itulah bimasakti. Kumpulkan seluruh pasir laut, pasir didaratan, pasir bukit-bukau, pasir gunung-ganang dikumpul semuanya itulah yang melambangkan banyaknya galaksi ciptaan Allah SWT. Subhanallah...
Dunia sains giat bercerita berkenaan dengan theory Big Bang. Menyatakan bahawa 13.7 bilion tahun yang lalu semua yang ada dialam semesta ini adalah satu. Maka berlaku letupan yang maha dahsyat dan terpisahlah kesemuanya. Namun di dalam kitab suci Al-Quran telah menyatakan kebenaran ini dengan sejelas-jelasnya menunjukkan kekuasaan Allah SWT.
“Dan apakah orang-orang yang kafir tidak mengetahui bahawasanya langit dan bumi itu keduanya dahulu adalah suatu yang padu, kemudian Kami pisahkan antara keduanya. Dan dari air Kami jadikan segala sesuatu yang hidup. Maka mengapakah mereka tiada juga beriman?” Surah Al Anbiyaa’ : Ayat 30
Fakta-fakta di atas membuktikan kekuasaan Allah SWT. Kembalilah ke jalan yang benar. Bersama kita memohon keampunan kepada-Nya atas segala kekhilafan yang telah kita lakukan di atas muka bumi Allah. Kita sombong dengan harta, duit ringgit dan pangkat yang kita ada dan kita lupa siapa yang memberikan semua itu kepada kita. Terlalu banyak kenikmatan yang Allah anugerahkan kepada kita sedari kita di dalam kandungan ibu kita hinggalah kita lahir dan membesar ke hari ini. Kita lupa siapa yang memberikan udara kepada kita untuk bernafas, kita lupa nikmat akal yang Allah berikan dan tidak pada hidupan lain, kita lupa nikmat deria mata, telinga, lidah, hidung, tangan yang diberikan oleh Allah. Maka kembalilah mendekati Allah, mengenali Allah... Ketenangan yang kita cari selama ini hanya akan hadir dengan mendampingi diri dengan-Nya. Itulah ketenangan sejati dan hakiki. Wallahualam..
Tuesday, August 24, 2010
“Beribadah Tanpa Mengenal Pencipta Tiada Makna, Mengenal Pencipta Tanpa Beribadah Durjana"
Di zaman rasulullah ada sebuah kisah dimana seorang kafir yang telah membunuh 99 orang terdetik untuk bertaubat lalu beliau pergi berjumpa dengan seorang ahli ulamak. Maka ulamak tersebut berkata dosa mu terlalu besar dan tidak akan dapat diampunkan oleh Allah. Lalu dibunuhnya ulamak tersebut menggenapkan bilangan 100 orang.
Pergi lagi dia berjumpa dengan seorang lagi ulamak. Maka ulamak berkata tiada dosa yang tidak diampunkan oleh Allah. Asalkan kamu betul-betul menyesal dan ingin bertaubat. Meninggalkan terus segala larangan yang ditetapkan oleh Allah. Pergilah kamu berjalan ke sana. Disana terdapat ramai orang-orang baik.
Lalu pemuda tersebut terus mengorak langkah berjalan ke arah yang disuruh oleh ulamak tersebut. Lalu dalam perjalanan pemuda tersebut menemui ajal. Berlaku perbalahan antara 2 malaikat nak diletak ke mana pemuda ini. Ke syurga ka, ke neraka ka? Lalu ditimbang amalan baik dan jahat. Disebabkan niatnya untuk bertaubat yang teramat sangat pemberat tadi berpihak kepada kebaikan. Maka masuklah pemuda tersebut ke syurga Allah.
Perbaiki ibadah kita. Beri makna kepada ibadah tersebut. Contohnya solat, fahami segala pergerakan dan ayat yang dibaca didalam solat. Nescaya akan hadir kekusyukan dalam beribadah. Bila timbul kekusyukan dalam beribadah maka akan lahirlah jiwa Islam dalam diri dan lahirlah potensi dari dalam diri kita. Kurun ke-7 banyak tokoh-tokoh Islam yang lahir ekoran daripada ibadah mereka kepada Allah SWT. Tokoh perubatan, astronomi, tokoh matematik dan sebagainya.
Kita disogokkan dengan kehebatan semangat Bushido Jepun dari Zaman Samurai. Disiplin diri yang utuh mengakibatkan peradaban mereka berubah menjadi gemilang dalam tempuh yang amat singkat. Disiplin samurai yang begitu taat dengan prinsip Bushido membuatkan dunia Jepun berada di mercu kejayaan dalam pelbagai bidang perniagaan. Namun kita lupa bahawa rasulullah telah meninggalkan kita dengan satu disiplin yang cukup hebat yang membawa ribuan makna jika dikaji secara mendalam. Solat 5 waktu membawa disiplin yang cukup hebat. Ketertiban, Kepatuhan, Penumpuan, Kepimpinan(Solat jemaah), Keikhlasan, Jelas dalam bacaan dan sebagainya. 5 waktu dan 17 rakaat sehari didarab dengan umur hidup kita di dunia, sekiranya ibadah solat kita penuh dengan makna sudah pasti ia akan memberi impak yang amat besar dalam kehidupan kita. Sudah pasti kita mampu memberikan sesuatu yang baru dalam dunia ini. Bukan sekadar menjadi pak turut. Sudah paasti tiada berlaku rasuah, sudah pasti tiada berlaku pergolakan dalam jawatankuasa masjid merebut tahkta menjadi jawatankuasa, sudah pasti tidak berlaku perzinaan, pembuangan bayi, penderaan dan sebagainya. Semua ini disebabkan tiang agama kita yang tidak kukuh. Nama kita Islam dari zahirnya, betudung litup berperwatakan baik di hadapan orang tetapi hakikatnya, hanya tuhan sahaja yang tahu.
Marilah kita bersama-sama bermuhasabah diri, pertingkatkan kefahaman kita dalam beribadah, temui makna dalam ibadah kita, mendekatkan diri dengan-Nya. Jangan ada yang merasa, "Masih awal lagi untuk bertaubat, Muda lagi, Taubat ni untuk orang tua saja" Orang tua mana yang rasakan dirinya tua. Semua tidka mengaku hinggalah akhirnya liang lahat memanggilnya dan tak sempat jugak dia nak bertaubat. Panggilan malaikatulmaut tidak mengenal tua atau muda, miskin atau kaya, kecil atau besar. Tiba masanya ia tidak akan melewatkan atau mempercepatkan walau sesaat pun. Wallahualam...

Monday, August 23, 2010
Supervolcano - Toba & Yellowstone
Danau Toba
Renungkan ayat Al-Quran ini. "Sesungguhnya mereka memandang siksaan itu jauh(mustahil). Sedangkan Kami memandangnya dekat(pasti terjadi). Pada hari ketika langit menjadi seperti luluhan perak dan gunung-ganang menjadi seperti bulu(yang berterbangan) (QS.70:6-9)
Gunung berapi St Helen di Amerika dan Pinatubo di Filipina jika ia memuntahkan larvanya, ribuan manusia yang tinggal berdekatan lereng gunung akan terbunuh. Namun ianya hanyalah bunga api kecil sahaja jika dibandingkan dengan supervolcano.
Supervolcano adalah punca kemusnahan bumi yang paling merbahaya selain hentaman asteroid. Ianya meletus dengan kekuatan beribu-ribu kali ganda dari kekuatan gunung berapi biasa. Ia mampu memusnahkan benua dan mengakibatkan kepupusan spesis hidupan dunia.
Letupan terakhir gunung berapi Toba adalah sekitar 75,000 tahun yang lalu dan ianya 10,000 kali ganda lebih kuat dari letupan Mt St Helen yang menghamburkan beribu-ribu km isipadu abu ke udara sehingga seluruh dunia bergelap berbulan-bulan. Letupan tersebut telah memupuskan sebahagian besar populasi manusia dan dianggarkan yang tinggal hanya dua ribu sahaja. Kajian genetik menunjukkan semua manusia sekarang adalah keturunan dari kelompok manusia yang selamat dari letusan itu.Kini saintis bimbang Toba akan meletup lagi. Kejadian gegaran demi gegaran di Sumatera sekarang mungkin pencetus atau petanda Toba kembali aktif.
Jika Toba memetup, Malaysia pasti akan hancur. Semua kehidupan sekitar 1,000km akan mati serta-merta. Suhu dunia akan jatuh mendadak kerana sinar matahari akan dihalang oleh abu di angkasa selama berbulan-bulan. Banyak spesis binatang dan tumbuhan akan pupus. Abu tebal akan melitupi mukabumi sehingga India dan China. Tsunami raksasa akan menghentam pantai timur Afrika, India, Asia Tenggara dan Australia.
Yellowstone National Park, Amerika Syarikat
Satu lagi supervolcano yang perlu diawasi adalah Yellowstone di Amerika Syarikat. Tanda-tanda ia kembali aktif sudah dipamerkan. Permukaan bumi kawasan ini sudah mula menggelembung. Ada kawasan sekitar Yellowstone National Park sudah ditutup sejak 2003 kepada orang awam kerana suhu permukaan yang terlalu tinggi. Pokok-pokok sudah mati dan haiwan liar kelihatan sudah berpindah dari kawasan tersebut. Di dasar Tasik Yellowstone, gelembung tanah setinggi 70m telah muncul. Ikan-ikan tasik mati dan timbul memenuhi permukaan. Kajian menunjukkan Yellowstone meletup setiap 600,000 tahun sekali. Letupan terakhir adalah 640,000 tahun yang lalu. Kita sudah diberi 40,000 tahun perlepasan cukai oleh Allah SWT. Mungkinkah Yellowstone akan meletup tidak lama lagi? Mengapa pihak berkuasa Amerika dan media menutup mulut mengenai kemungkinan bencana ini?

Seksa Kubur
Video ini mengesahkan bahawa seorang pemuda yang telah disahkan meninggal dunia. Di kafan dan telah disemadikan. Selepas 2 jam, keluarganya memerintahkan untuk mengeluarkan mayat tersebut kerana timbul keresahan dalam dirinya.
Setelah di keluarkan dari liang lahat, alangkah terkejutnya sekelian manusia melihatkan seksaan kubur yang diterima oleh pemuda tersebut. Seakan seksaan yang diterima oleh beliau amat perit akibat daripada amalannya di dunia ini.
Di akhir video ini pula, memperdengarkan penemuan yang secara tidak sengaja, di sebuah lubang galian di daerah Siberia. diletakkan perakam suara di dalam lubang tersebut untuk merakamkan pergerakan didalam bumi tetapi lain pula yang diperolehi mereka. Suara seakan jeritan seksaan manusia di alam barzakh. Menjerit meminta tolong dan daripada banyak suara tersebut terdengar laungan Allahuakhbar... Semoga ia menjadi pedoman kepada kita. Memperkuatkan keimanan dan ketaqwaan kepad Allah S.W.T. bahawa mati itu benar, seksa kubur itu benar, syurga dan neraka itu benar.

Saturday, August 21, 2010
BATU TERGANTUNG
Batu ini ada dikisahkan dalam peristiwa Isra' Mi'raj. Ketika baginda rasulullah dalam perjalanan, batu ini mengikut baginda. Lalu baginda memerintahkan batu itu berhenti mengikuti baginda. Duduk diam dan tergantunglah batu itu hingga ke hari ini membuktikan salah satu mukjizat rasulullah. Subhanallah.
Thursday, August 19, 2010
KEMBALILAH KE JALAN ALLAH
Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Menyayangi
Sesungguhnya hidup di dunia bagaikan sebutir pasir di pantai. Dikumpul semua pasir di dalam dunia belum lagi dapat dibandingkan dengan kehidupan dan kebahagiaan yang dijanjikan oleh Tuhan Maha Pencipta di alam yang kekal abadi(SYURGA).
Namun itulah yang dikejar oleh manusia yang alpa dengan kenikmatan sementara yang disediakan oleh dunia yang penuh dengan noda akibat daripada kerakusan manusia. terlalu banyak kekejaman, kehancuran, kerosakan, penipuan yang berlaku dimuka bumi ekoran manusia lupa asal usul kejadian mereka.
Pemimpin yang terpesong dari ajaran agama disanjung, pemimpin yang cuba menegakkan syiar Islam dicerca dan ditindas. Usaha mengajak manusia kejalan yang benar disekat. Konsert-konsert liar, pembinaan disko dan tempat-tempat perjudian dibenarkan berleluasa. Inilah senario yang berlaku di dunia yang sudah pastinya bakal mengundang kemurkaan Tuhan Yang Maha Esa.
Apabila kemurkaan Allah hadir, maka ia tidak mengenal kaum, agama mahupun darjat pangkat kedudukan. Semuanya akan menerima natijahnya. Kita detemukan dengan pelbagai fenomena alam yang tidak terjangkau oleh pemikiran manusia. Namun masih tidak mampu membuka mata hati yang sudah terlalu lama dikabuli oleh kesenangan dan kemewahan duniawi.
Blog yang saya bina ini bakal berkongsi pendapat, fenomena alam bagi memperjelaskan kekuasaan Allah S.W.T, mempertingkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Tuhan Yang Satu. Moga hasil bacaan anda melalui blog ini akan beroleh rahmat Allah, mendekatkan diri dengan-Nya.
Subscribe to:
Posts (Atom)