Sebulan berpuasa memberikan ribuan makna bagi sebahagian daripada kita. Sayang sekali sesetengah daripada kita melalui Ramadhan tanpa memberikan kesan kepada peningkatan iman dalam diri. Ramadhan mahupun bulan sebelumnya dan selepasnya sama saja bagi mereka.
Bulan Ramadhan adalah bulan mentarbiah diri menebalkan keimanan dan ketakwaan kepada tuhan pencipta langit dan bumi, bulan meningkatkan ibadah dan meletakkan diri sebaik-baik hamba pada pandangan Allah Azzawajalla.
Namun ada juga yang menjadikan bulan Ramadhan bulan untuk mengaut lebih banyak keuntungan dengan berniaga di Bazaar Ramadhan. Tidak salah berniaga tetapi cara perniagaan tersebut yang menjadi tanda tanya.
Aidilfitri disambut dengan begitu meriah sekali. Seakan sambutan Chap Goh Mei lagaknya. Dentuman mercun di sini sana saling berlawanan dan silih berganti memecah kesunyian malam. Apa yang dirayakan entahlah. Rasanya yang bertungkus-lumus bermain mercun, belum tentu penuh puasanya sebab bagi yang betul-betul memahami makna Ramadhan, sudah pasti masanya diluangkan dengan aktiviti ibadah kepada Allah memanjatkan kesyukuran kerana diberikan peluang untuk menemui Aidilfitri sekali lagi tahun ini.
Persoalannya dari mana sumber mercun yang mereka perolehi. Setahu kita telah banyak rampasan yang telah dibuat oleh pihak berkuasa. Masih ada lagi mercun yang meletup-letup. Lebih hebat lagi mercun yang diletupkan bukan calang-calang mercun. Semuanya mahal-mahal belaka. Setaraf mercun untuk sambutan Merdeka dan Tahun Baru.
No comments:
Post a Comment