Tuesday, September 14, 2010

Ibu Dan Ayah - Bimbinglah Kami - Didiklah Kami

Ibu dan Ayah
Anakmu tak tahu solat sebab sedari kecil ibu dan Ayah tidak pernah mengajar dan menyuruh ku menunaikannya..
Anakmu tak tahan nak berpuasa sebab sedari kecil ibu dan ayah tidak pernah mengajar dan menyuruhku menunaikannya..
Anakmu tak tahu nak membezakan mana baik dan buruk sebab ibu dan ayah sibuk bekerja dan tiada masa langusng untuk bersamaku..


Sudah dikatakan, ajarlah anakmu menunaikan ibadah solah sedari kecil umur 5 tahun. Kalau anakmu tidak mahu bersolat di umur 10 tahun, rotanlah mereka dan ini akan membentuk dan menyatakan kepada akan-anakmu pentingnya ibadah solat ini dilaksanakan selaku insan yang beragama Islam, hamba Allah yang hina. Jika kita tidak meletur buluh seawal-awalnya, nescaya bila mereka besar nanti, mereka tidak merasakan kepentingan ibadah tersebut. Jika kita menunggu umur 12 tahun untuk menegaskan kepentingan solat, sudah terlambat. Anak kita sudah terlalu keras untuk menerima teguran dan nasihat dari kita jika kita tidak seawal mungkin memberi nasihat.


Sesetengah daripada terlalu memanjakan anak kita, hingga tidak sanggup melihat rintihan anak pabila disuruh berpuasa. Hingga kita selalu lemah dan akhrinya membenarkan anak kita berbuka puasa tidak pada masanya. Anak kita sebenarnya sedari awal 4 tahun sudah mampu berpuasa jika kita mengajar dan membimbing sebaiknya. Harus diingat, berpuasa banyak fadhilatnya. Berpuasa tidak akan memberikan kesan negatif kepada diri manusia. Ubat yang terbaik bagi segala macama penyakit adalah berpuasa kerana hadirnya sakit dan segala kerosakan dalam tubuh badan manusia adalah hasil daripada pemakanan kita.


Jika kita ingin menasihat anak mahupun isteri, sebaik-baik waktu adalah selepas solat berjemaah atau semasa anak-anak dalam tidur-tidur ayam(nak tidur sangat dah tu). Jika kita belajar tentang pemikiran alfa, beta dan teta apabila kita bersolat dengan khusyuk, kita berada di dalam keadaan separa sedar(Beta). Itulah sebabnya, banyak persoalan dalam diri kita dapat diungkaikan dalam solat. Hilang barang, teringat dimana letaknya. Lupa temujanji, teringat kembali temujanji. Lupa tugasan, teringat kembali tugasan. Namun itu bukan masanya yang sesuai untuk kita menjawab persoalan tersebut kerana akan mengganggu kekyusukan kita kepada Allah. Itulah sebabnya, bila kita sentiasa mendekatkan diri kepada tuhan, segala urusan di atas dunia akan teratur kerana kepatuhan kita kepada Allah harus dizahirkan dengan kepatuhan kita kepada organisasi kita bekerja. Selepas bersolat, minda Beta masih lagi berfungsi dan inilah masanya untuk kita menasihati anak-anak dan isteri.



Allah (dalam Kitab suciNya) dan RasulNya telah banyak menyebut katasolatdalam Al Qur’anul Karim. Ini menandakan begitu penting perkara ini. Allah telah memerintahkan kita untuk memelihara dan melaksanakan solat dengan berjamaah. Allah juga mengatakan bahwa meremehkan dan malas mengerjakan solat berjamaah termasuk sifat orang munafik.dalam salah satu firmanNya  
Peliharalah segala solat(mu), dan (peliharalah) solat wusthaa. Berdirilah untuk Allah(dalam solatmu) dengan khusyu’.” ( Al Baqarah : 238)
Bagaimana seorang muslim dapat dikatakan orang yang memelihara dan mengagungkan solat, bila ia tidak melakukan ( bahkan meremehkan)shalat berjamaah bersama rakan-rakannya. Allah berfirman
Dirikanlah solat, tunaikan zakat dan ruku’lah beserta orang-orang yang ruku                   ( Al Baqarah : 43)
Ayat yang mulia ini merupakan nas tentang kewajiban solat berjamaah. Pada awal ayat tersebut Allah sudah memerintahkan kita untuk mendirikan solat, ini berarti kita diperintahkan Allah untuk memelihara shalat berjamaah, bukan sekedar mengerjakan saja. Dalam surat An Nisaa’, Allah berfirman
”Dan apabila kamu berada di tengah-tengah mereka( shahabatmu) lalu kamu hendak mendirikan solat bersama-sama mereka, maka hendaklah segolongan dari mereka berdiri ( solat) besertamu dan menyandang senjata, kemudian apabila mereka ( yang solat besertamu ) sujud ( telah menyempurnakan serakaat ), maka hendaklah mereka pindah dari belakangmu ( untuk menghadapi musuh ) dan hendaklah datang golongan yang kedua yang belum solat , lalu bersolatlah mereka denganmu, dan hendaklah mereka bersiap sedia dan menyandang senjata …” ( An Nisaa’ : 102)
Pada ayat di atas Allah mewajibkan kaum muslimin untuk mengerjakan solat berjamaah dalam keadaan perang. Bagaimana bila kita dalam keadaan aman?! Jika seorang muslim diperbolehkan meninggalkan solat berjamaah (oleh Allah ), tentu kaum muslimin lain yang tengah berbaris menghadapi serangan musuh dan yang paling terancam dibolehkan meninggalkan solat berjamaah. Tetapi di dalam ayat di atas perintah Allah tidaklah demikian. Dari sini kita dapat mengetahui bahwa solat berjamaah merupakan kewajiban utama.


Mengapa solat bersendirian kalau kita mampu memperoleh 27 darjah lebih bila berjamaah? Bila ada rakan kita yang sedang bersolat, makmumkan diri anda. Ingat, Allah hanya satu dan kita bersolat berpaksikan kiblat yang sama. Persoalan samaada rakan kita layak atau tidak menjadi imam, itu kerja tuhan. Sipa kita untuk mengadilinya. Yang mulakan solat, seboleh-bolehnya solatlah dihadapan yang membolehkan rakan yang terkemudian datang dan memakmumkan diri mereka. Semoga kita bersama-sama mendapat keberkatan. Aminn. Wassalam.